Jumaat, 8 November 2019

VINTAGE NIGHT MARKET MELAKA


" VINTAGE NIGHT MARKET MELAKA " adalah sebuah hub market berkonsepkan BUNDLE sesuai untuk golongan seperti yang berkeluarga, tua mahupun muda. Disini, pihak pengurusan menyediakan pelbagai koleksi barangan lama atau ia dipanggil "VINTAJ". Pakaian yang berjenama dan yang pasti adalah "ORIGINAL". Hub market ini diperkenalkan kepada masyarakat adalah bertujuan untuk membantu usahawan-usahawan kecil bumiputra di Negeri Melaka bagi mengembangkan perniagaan masing-masing ke arah tahap yang lebih tinggi serta menjadikan Negeri Melaka sebuah Negeri tumpuhan pelancong luar dan masyarakat setempat.

Tercipta Sejarah VINTAGE NIGHT MARKET MELAKA yang dahulunya telah bertapak di Porto Historia, Kota Laksamana pada tahun 2016 sehingga 2018 sebelum dipindahkan ke tapak baru di Parking  belakang UTC Melaka, Jalan Hang Tuah Mall.

Gambar  VNMM semasa  di Porto Historia

Suasana Event Vintage

XTVT menyelam di VNMM

Suasana VNMM selepas berpindah ke Kota Syabandar Jalan Limbongan

Pengunjung di VNMM Kota Syabandar

Liputan akhbar Metro tentang VNMM

Diatas usaha yang kuat, teguh dan kerjasama diantara satu sama lain yang ingin melangkah kehadapan, disinilah bermulanya satu hub yang baru dan telah menjadi perhatian buat para pengunjung ke Negeri Melaka iaitu VINTAGE NIGHT MARKET MELAKA yang pertama berkonsepkan BUNDLE @ BARANG TERPAKAI telah mendapat kelulusan permit permis peniaga daripada pihak MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH(MBMB) serta mendapat sokongan kerjasama Pihak Pengurusan UTC MELAKA. Permis perniagaan ini telah dirasmikan pada 27 JULY 2019 Oleh DATUK BANDAR NEGERI MELAKA iaitu YBHG TUAN HAJI MANSOR BIN SUDIN.

VNMM mendapat perhatian dan liputan daripada wartawan surat khabar Cina  dan Melaka Hari Ini

Keratan akhbar Melaka Hari Ini

Datuk Bandar Melaka memberi ucapan kepada peniaga dan pengunjung VNMM sempena perasmian tapak niaga VNMM

Menyampaikan cendramata penghargaan kepada Datuk Bandar Melaka sempena perasmian tapak perniagaan VNMM

Pertamuan Datuk Bandar bersama Peniaga VNMM

PENGASAS / FOUNDER TAPAK VNMM 
Iaitu 
EN.AZIZI BIN LATIB berkata mengenai hasrat matlamatnya;

"Berusaha mengubah persepsi dan mood masyarakat terhadap duniawi barangan bundle" dan...

"Juga berhasrat untuk menaikkan Negeri Melaka dengan majlis perintis kepada penganjuran program berbentuk karnival atau ekspo pada masa hadapan yang berkonsepkan BUNDLE1MELAKA "

Pada  suku tahun 2019, seramai 50 peniaga bundle di Porto Historia Melaka telah memulakan perniagaan barang terpakai dengan mendapat sambutan yang tinggi oleh masyarakat setempat dan luar. Kini yang membanggakan penganjur adalah seramai 130 peniaga bundle dari Melaka, Johor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan telah menjadikan VNMM sebagai satu tempat tarikan yang baru buat para pengunjung diseluruh malaysia untuk memperkenalkan APA ITU BUNDLE atau lebih dikenali sebagai BARANG TERPAKAI.

Suasana VNMM di Parking UTC Melaka

VNMM ini dikendalikan dan diuruskan oleh team pengurusan yang dilantik khas oleh Pengasas Utama tapak VNMM, mereka adalah seperti dibawah

Pengasas: En. Mohd Azizi Bin Latib
Pengurus 1: En Mohamad Sahiman Bin Othman
Pengurus 2: En Muhammad Zul Aiman Bin Zainudin
Penyelia Kebersihan & Penyelenggaraan: En Muhammad Hafiz Bin Roslan
Penyelia Tapak & Keselamatan: En Mohammad Syahidan Bin Ahmad (Omar)
Marketing:  Juinie Joy Marius

 
LIKE dan FOLLOW Page FB / IG  VINTAGE NIGHT MARKET MELAKA
dan JANGAN lupa buat SHARE dan INVITE Friends untuk attract new visitors and grow your audience
#selamatdatankemelaka
#welcometomelaka
#tempatmenarikdimelaka
#visitmelaka